Perlukan Bantuan? Customer Service Rangkaian Wangian Aromaterapi Nur AlHafiz melayani dan menjawab sebarang pertanyaan anda segera.
Home » AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH

AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH

download

AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH adalah sekumpulan golongan ilmuan yang mempunyai kelayakan yang diiktirafkan didalam bidang  Syariah dan kepakaran dalam keilmuan perubatan islam yang boleh dimanfaatkan kepakaran ilmunya oleh mana-mana individu atau syarikat yang menjadi Penasihat bagi hal ehwal yang berkaitan dengan hukum syarak.

MHI GROUP ENTERPRISE (001858322-D) adalah sebuah Syarikat 100% Islam Bumiputera berdaftar secara sah dibawah akta pertubuhan syarikat 1956.

Bagi mendapatkan keyakinan  dan kekuatan kepada pelaksanaan produk kami daripada masyarakat islam di seluruh Malaysia. Maka MHI GROUP ENTERPRISE (001858322-D) telah melantik Ahli Lembaga Penasihat Syariah untuk menjadi badan penasihat bagi memantau sebarang perkara yang berkaitan dengan hukum syarak dan memastikan pelaksanaan ini dibuat mengikut landasan Islam.

BARISAN LEMBAGA PENASIHAT SYARIAH

MENJADI BADAN PENASIHAT BAGI HAL EHWAL YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM SYARAK

A1

  1. Ustaz Razis Bin Md Shainisi

Sarjana Muda Usuluddin Dan Dakwah

University Al Azhar , Mesir

Pengamal Perubatan Islam

 A2

  1. Ustaz Zaki Bin Din

Pengajian Pondok Dan Institute Tahfiz Saba Kuala Kubu

Pengamal Perubatan Islam.

 

PERSOALAN HUKUM

Soalan :

 

  1. APAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BAHAN ALAM SEPERTI GARAM, LIMAU, DAN SEBAGAINYA DALAM PERUBATAN ISLAM?

 

Jawapan :

1) LIMAU PURUT atau LIMAU NIPIS

          Ianya adalah bahan-bahan yang mengandungi asid-asid tertentu yang diakui memberi bekas dan kesan yang memudaratkan terhadap fizikal jin dalam tubuh pesakit. Walaupun tiada nas qat’ie daripada Al-Quran dan hadis akan tetapi ianya boleh diqiaskan dengan sebuah hadis yang mana baginda Rasulullah ﷺ melarang kita menjirus air panas dan kencing dalam lubang kerana kemungkinan ada jin yang mendiami lubang tersebut.

          Kita bukan melihat daripada sudut larangan menjirus air panas atau kencing, tetapi kita melihat sifat kepada kencing tersebut adalah panas dan tajam. Maka diqiaskan dengan limau tersebut dengan air panas. Sifat limau adalah tajam dan mengandungi asid yang tertentu dan bau limau tersebut yang mengharumkan, kerana jin jahat amat benci kepada wangi-wangian. Apatah lagi jika limau tersebut telah diruqyah dengan ayat-ayat Al-Quran yang doa. Maka ianya sangat-sangat memberi  bekas dan kesan yang memudaratkan jin dalam tubuh pesakit atau persekitaran.

          Limau purut dikatakan mempunyai anti oksidan yang tinggi, kaya dengan flavonoid dan polifenol yang dikatakan sangat berkesan untuk membantu penyakit jantung dan kanser. Ianya juga mengandungi pelbagai vitamin dan bahan mineral termasuk vitamin C, B1, B2, Sodium, Kalium dan zat besi. Limau juga mengandungi Tannin, Triterpenouid dan Saponin.

Khasiat limau purut juga berfungsi untuk merawat masalah kulit seperti Ekzema dan Proriosis. Kulit limau purut tersebut sangat baik untuk darah dan merawat masalah sistem pencernaan.

 

2) GARAM KASAR

          Ianya merupakan antara bahan-bahan yang seringkali digunakan dalam perubatan islam. Kelebihan dan khasiatnya telah diakui oleh Allah SWT dan Rasulullah ﷺ seperti yang telah dinyatakan dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah ﷺ yang berbunyi :

 

إِنَّ اللهَ اَنْزَلَ اَرْبَعَ بَرَكاَتٍ مِنَ السَّمَآءِ إِلىَ الأَرْضِ : اَلْحَدِيدَ وَالنَّارَ وَالْمَاءَ وَالْمَلْحَ.

           Yang bermaksud : Sesungguhnya ada empat benda yang diturunkan oleh Allah SWT ke muka bumi mempunyai keberkatan : Besi, Api, Air, Garam.

          Radiasi dan kecelaruan hanya boleh dirungkai dan diurai oleh getaran yang kuat dan bertenaga. Garam mempunyai getaran yang amat kuat bacaannya yang sama dengan unsur-unsur kerohanian yang bersifat Latifatur Rabbaniah dan suci. Melalui konsep sains, ianya berfungsi untuk meleraikan radiasi serta gelombang yang kurang sihat dalam tubuh badan pesakit.

          Garam mampu memberikan kesan mudarat kepada seseorang dan ia bergantung niat seseorang itu juga. Akan tetapi sekiranya terdapat kesan-kesan gangguan spiritual, maka penggunaan garam itu adalah digalakkan kerana memandangkan garam itu berada di dalam Rahsia Api dalam ilmu metafizik dan bertindak sebagai gelombang julat tinggi kerana ada juga kes kecemasan yang juga berpunca daripada keadaan julat yang tinggi.

          Garam juga boleh menyakitkan dan mampu melukakan jin secara fizikalnya apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah pada garam tersebut. Ianya juga boleh diqiaskan sepertimana dengan hadis yang berkaitan dengan air panas kerana garam mempunyai asid yang tertentu dan mineral asli yang bersifat tajam, juga mampu mengeluarkan jin yang merasuki tubuh pasakit. Baginda Rasulullah ﷺ telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud :

          “Barangsiapa yang memulakan makan dengan secubit garam, nescaya Allah SWT akan hindarkan 330 penyakit, antaranya yang paling kurang ialah gila, kusta, taun, sakit gigi dan yang bakinya Allah SWT lebih Maha Mengetahui.”

          Maka tidak mustahillah kemungkinan salah satu daripadanya adalah yang bersifat spiritual: gangguan jin dan sebagainya. Ini juga hujah kepada mereka yang mendakwa bahawa Perubatan Islam yang meniru kaedah rawatan mereka sedangkan kaedah ini telah dinyatakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ 1400 tahun yang lalu.

 

3) DAUN BIDARA2

          Ianya juga dikenali dengan nama pokok epal cina atau bidara cina. Merupakan antara kaedah yang ternyata memberi khasiat dan manfaat dalam perubatan islam. Telah dinyatakan keharusan oleh Syeikh Islam Ibnu Taimiah, Syeikh Islam Ibnu Qayyim, Syeikh Ibnu Al-Bazz, Syeikh Wahhab bin Munabbih radiallahu a’nhum ajmaen. Penggunaan daun bidara ini sangat efektif bagi membantu proses penyembuhan penyakit kerana gangguan jin.

Pada daun bidara itu sendiri ada khasiat yang tertentu dan bersifat tajam dan mampu melumpuhkan fizikal jin. Syeikh Wahhab bin Munabbih R.A menyarankan menggunakan tujuh helai daun bidara yang ditumbuk lumat halus, kemudian dilarutkan di dalam air yang telah diruqyah dengan ayat-ayat Al-Quran untuk dibuat minum dan mandi.

          Jika dilihat dalam beberapa hadis, bahawa Baginda Rasulullah SAW pernah menyuruh menggunakan daun bidara untuk memandikan jenazah, kemungkinan kelebihan daun bidara ini mampu untuk membunuh atau menghapuskan gas ammonia pada jenazah yang menyebabkan mereka yang memandikan jenazah berasa tidak tenang atau demam dikenali dengan nama badi mayat akibat dijangkiti kuman yang terhasil daripada gas ammonia. Oleh sebab itulah ada hadis riwayat Imam Muslim RA menyatakan bahawa disunatkan bagi wanita yang datang haidh untuk mandi air yang dicampur daun bidara.

 

  1. APAKAH DALIL KEHARUSAN RUQYAH KPD AIR LALU DIMANDIKAN, DIRENJISKAN, DISAPU KEPADA PESAKIT, KEDIAMAN DAN SEBAGAINYA?

 tetesan-air

1)       Dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan menerusi hadis Aisyah bahawa ia mengkhabarkan ,”Pesakit ain pada masa Nabi SAW di suruh berwudhuk, kemudian mandi.”  Ini menunjukkkan bahawa kaedah perawatan ini menggunakan wudhuk dan mandian. Sedangkan dalam berwudhuk, sunat hukumnya membaca taa’wwuz dan basmalah. Taa’wwuz dan basmalah termasuk dalam rangkaian ar-ruqyah.

2)       Kisah sahabat yang bernama Abu Said Al-Khudri RA dengan seorang ketua kabilah yang disengat binatang berbisa. Abu Said Al-Khudri RA datang dan membacakan al-Fatihah dan menyapu pada anggota yang terkena sengatan binatang berbisa itu dan dikurniakan kesembuhan oleh Allah Taala. Al-Fatihah tadi berfungsi sebagai penawar dengan cara dibacakan dan disapukan kepada tubuh pesakit.

3)       Kisah cucu Rasullullah ﷺ bernama Saidina Hussain bin Ali RA yang demam panas. Apabila semakin panas badan cucunya, lalu baginda susah hati lalu diilhamkan oleh Allah SWT untuk membaca Al-Fatihah di dalam air lalu Baginda SAW membacanya dan ditiupkan ke dalam air. Diberi minum kepada cucu baginda. Izin Allah SWT, tiba-tiba demam panas tadi hilang dengan serta merta. Al-Fatihah tadi berfungsi sebagai penawar kepada demam panas dengan cara dibacakan dan diminum.  

4)                 Rasululah SAW bersabda: Sesungguhnya penyakit demam (panas) adalah berasal dari neraka jahanam. Kerana itu dinginkanlah dengan air.” (HR Imam al-Bukhari RHM) . Hadis ini sebagai dalil menunjukkan kaedah rawatan menggunakan air sebagai penyejuk sama ada untuk dijelum, disapu, direnjis, diminum dan dimandikan terhadap pesakit.

Maka hukumnya harus untuk meruqyah pada air dan dibuat mandi, sapuan dan renjis sama ada kepada pesakit, kediaman, pejabat, kenderaan dan selainnya. Selagi mana niatnya semata-mata kerana Allah SWT dan bebas daripada unsur-unsur syirik.

 

  1. APAKAH CARA IKHTIAR PAGAR MELALUI KAEDAH INI DIBENARKAN DALAM ISLAM?

 

1)       Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda yg bermaksud;
          “jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan     akan   lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

2)       Melaungkan azan ketika pertama kali masuk premis/rumah baru. Ia juga baik untuk bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa . Dalam mafhum sebuah hadis, Rasulullah ﷺ pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

3)       Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah ﷺ juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;

          “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

 al quran

          Menurut pendapat Asy-Syaikh Muhammad Al-Imam hafizahullah, seorang ulama Dar Hadis Ma’bar, Yaman,  menyebut  harus hukumnya  berikhtiar dengan cara merenjis air kepada tubuh pesakit yang terkena sihir. Ikhtiar pagar melalui kaedah bacaan ruqyah syari’yyah dan renjis selain kaedah membaca surah al-Baqarah seluruhnya, azan serta memperbanyakkan amal ibadah daripada ahli rumah itu sendiri adalah diharuskan  kerana di sana tiada unsur-unsur yang syirik dan khurafat yang bertentangan dengan hukum. Ini hanyalah semata-mata ikhtiar dan usaha pagar rumah yang mengandungi nilai ibadah dan kebergantungan kepada Allah SWT.

 

  1. BOLEHKAH BAHAN-BAHAN DAN AIR YANG TELAH DIBACAKAN AL-QURAN, ZIKIR DAN SELAWAT DIBUAT MANDIAN KEPADA PESAKIT LALU MEMASUKI TANDAS?

 

          Boleh, kerana yang dibawa masuk ke dalam tandas itu bukannya al-Quran mushaf tetapi hanyalah bahan-bahan mandian yang telah diruqyah. Sama seperti bahan-bahan mandi yang lain seperti sabun, syampu botol dan sebagainya kerana bahan-bahan ini tidak dihormati tidak seperti al-Quran. Bacaan pada bahan-bahan mandi itu sudah berbentuk sifat dan bukan berbentuk zat.

 

  1. ADAKAH IA BOLEH DIKOMERSILKAN LALU DIANGGAP OLEH SESEORANG SEBAGAI MENJUAL AYAT-AYAT AL-QURAN?

          Hukumnya harus untuk dikomersilkan kerana ianya adalah berupa penjualan ubat, perkhidmatan dan kepakaran  dan bukan penjualan air semata-mata. Juga sebagai mengambil kira segala kos perkhidmatan yang diambil bermula proses yang pertama sehingga kepada penghasilan produk . Selain itu, penghasilan produk ini dapat memudahkan pengguna yang lain yang berhajat untuk menggunakannya, sedangkan kepakaran penghasilan produk ini adalah belum menyeluruh dan masih terbatas. Jadi tidak salah untuk dikomersilkan sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah berdasarkan firman Allah SWT  di dalam Al Quran“…Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” (Al Maidah: 2)

 

AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH | Nur-alhafiz.com.my

7 komen for AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH

  • AZARUDDIN AL ANSARI says:

    MAKLUMAT YANG BERGUNA. IZINKAN SHARE

  • Miza says:

    As salam,

    Saya ingin bertnya..ibu saya ada sebuah kedai makan..dan toilet nya berada di luar kedai..pada suatu hari, ketika ibu masuk ke dlm toilet térbau 1 wangian yg sangat wangi..

    Ibu terasa sesuatu lalu mnyiram air d keseluruh dinding2 toilet dgn banyak..tidak berapa lama, bau demikian terus hilang..

    Apakah mksud fonemena yg berlaku dlm keadaan demikian..?

    Boleh kah kiranya gunakan garam yg d rendam d dalam air dan d baca beberapa surah lalu d jirus d tembok2 toilet itu..

    Sekian..w’salam..

    • nur-alhafiz says:

      Waalaikumusalam Tuan/Puan
       Marilah kita berikhtiar dengan cara Mandian kaedah Nur Al Hafiz iaitu
       1 BALDI AIR , tuangkan DEPURUT / BEDARA Nur AlHafiz ( ikut sukatan masing2 tapi jangan terlalu cair dan + 1/2 kilo ais batu
       Niat dan doa sebelum mandi
       Mandi lepas asar atau sebelum mghrib
       7 hari berturut2 atau berterusan

      Oleh itu kami galakan belian sekotak ( dapat diskaun 20% lagi ) untuk kegunaan seisi keluarga
      ADMIN NUR ALHAFIZ

  • Ahmad Jailani Ismail says:

    Assalam..

    Sya ada pertanyaan. Adakah perubatan penyakit secara batin dibolehkan dlm islam.

  • Nira says:

    Assalammualaikum.. Apakah hukum menggunakan bunga untuk ruqyah?

Postkan komen anda disini

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PEMBORONG , STOKIS DAN PENGEDAR DIPERLUKAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM DAN TRADISIONAL JUGA DIPERLUKAN

Recommended Products

RM 1.700
Stock: Available
SKU:
RM 60
Stock: Pre-Order
SKU:
RM 60
Stock: Available
SKU: