Perlukan Bantuan? Customer Service Rangkaian Wangian Aromaterapi Nur AlHafiz melayani dan menjawab sebarang pertanyaan anda segera.
Home » TANDA TANDA RUMAH, DIRI ADA GANGGUAN & CARA PENDINDING DALAM ISLAM

TANDA TANDA RUMAH, DIRI ADA GANGGUAN & CARA PENDINDING DALAM ISLAM

e043992f5024e0797b4c0a5d4fab774aApakah Tanda Ada Gangguan ?

*Petanda Ini Adalah diambil Daripada Petikan Kitab Assorimulbattar dan wiqatul insan oleh Imam Al Qurtubi.

antaranya..

  • Rasa Sesak Nafas Bermula Maghrib Sehingga Subuh
  • Kusut Fikiran
  • Sakit Dibahagian Belakang
  • Mengigau Di Waktu Tidur
  • Menjerit , Ketawa , Menangis Ketika Tidur
  • Rasa Tertindih Dengan Benda Yang Berat
  • Sering Mimpi Yg Menakutkan Dan Berulang Ulang
  • Mimpi Yang Memenatkan Seolah Olah Betul Yang Berlaku
  • Terdengar Suara Suara Yang Aneh , Spt Berjalan2 Atas Loteng , Guli , Buka Paip Tandas Dan Sebagainya.
  • Terserempak Dengan Kelibat Lembaga Di Dalam Atau Di Luar Rumah
  • Rumah_kedah
  • Terdengar Suara Anjing Yang Sayu Sayup Luar Biasa
  • Terjumpa Binatang2 Yang Ganjil Dengan Banyak Di Dalam Rumah .Spt Lalat Hijau,Ulat Bulu,Belalang,Langau Dll
  • Berbau Busuk Spt Darah,Longkagkang Dll
  • Terasa Ada Makhluk Seolah Olah Memperhatikan Gerak Geri Kita
  • Badan Rasa Tidak Selesa , Di Tengkuk , Sakit Kepala , Apabila Berada Di Tempat Tertentu Dalam Rumah Atau Pejabat
  • Badan Terasa Tidak Selesa Dan Disahkan Normal Tetapi Tidak Normal
  • Suka Bersendirian
  • mengatasi-gangguan-mental
  • Bisikan Di Telinga
  • Tertahan Drpd Menyebut Nama Allah , Menyebabkan Tidak Boleh Membaca Al Quran Dan Solat
  • Sering Mengantuk
  • Runsing Dan Tekanan Yang Serius
  • Sering Seram Bersendirian
  • Pelajar / Tempat Yang Kena Histeria
  • Sukar Tidur Malam
  • Terjaga Ditengah2 Malam

KESAN JIKA TIDAK BERIKHTIAR ?

  • Masalah berpanjangan
  • masalah jangka pendek dan panjang
  • masalah rumah tangga sehingga mudaratkan hubungan kekeluargaan
  • penceraian
  • anak anak menjadi masalah
  • putus asa dalam semua aspek
  • hilang fokus
  • hilang perkerjaan 
  • dan sebagainya

 

CARA PEMAGAR DIRI , KELUARGA DAN KEDIAMAN

DARI ANCAMAN SIHIR MENGIKUT ISLAM

dscn7408

 

Berpandukan Al Quran , Hadis Dan Kaedah Ulama bagi ikhtiar menghalang , mencegah dan mempertahankan diri , keluarga dan harta benda agar tidak dicerobohi oleh kejahatan manusia dan makhluk halus

PEMAGAR PERTAMA : MAKAN TAMAR AJWAH DAN TAMAR MADINAH

Amalkan memakan tamar (kurma) Ajwah dan kalau mampu makanlah sekali dengan Tamar Madinah. Hal ini sangat-sangatlah disuruh dan andaikata tidak mendapati kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah yang berbunyi:

Ertinya: “Barangsiapa Yang Memakan Tujuh Biji Tamar Ajwah, Dia Tidak Akan Mendapat Sebarang Kemudaratan Racun Atau Sihir Yang Terkena Pada Hari Itu”. Riwayat Al Bukhari.

5e7a244cea9a47cecd9190e88f2a5ba3

PEMAGAR KE 2 : BERWUDUK SEBELUM TIDUR

Sihir sama sekali tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Kerana setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah :

Ertinya: Sucikanlah Jasad-Jasad Ini Mudah-Mudahan Allah Akan Menyucikan Kalian. Kerana Sesungguhnya, Tiada Seorang Pun Dari Mereka Yang Bersuci Terlebih Dahulu Sebelum Tidur, Melainkan Ada Bersamanya Seorang Malaikat. Malaikat Tersebut Tidak Akan Pernah Terlalai Walaupun Sedetik Untuk Mengucapkan Doa:

“Ya Allah, Ampunilah Dosa Hambamu Ini Kerana Dia Telah Tidur Dalam Keadaan Bersuci””. Riwayat At Tabraaniy dengan sanad yang baik.

FB_IMG_1451308586012

PEMAGAR KE 3 : MENGAMBIL BERAT  TENTANG SOLAT BERJEMAAH

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim itu bebas dan aman dari gangguan syaitan. Adapun bersikap sambil lewa terhadap tugas tersebut menyebabkan syaitan akan mengambil peluang dengan mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan Berjaya merasuk, menyihir atau apa-apa kejahatan lain lagi yang mampu diperlakukan.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda:

Ertinya: Mana-Mana Kampung Mahupun Kawasan-Kawasan Hulu Yang Tidak Mendirikan Solat Berjemaah Meskipun Penduduknya Cuma Tiga Orang, Nescaya Akan Didampingi Oleh Syaitan.

 Oleh Itu, Hendaklah Dirikan Solat Berjemaah. Sesungguhnya Serigala Akan Memakan Kambing-Kambing Yang Menyendiri Dari Puaknya”. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

FB_IMG_1453112774555

PEMAGAR KE 4 : MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD

Salah satu cara lain lagi untuk memagarkan diri dari sihir, hendaklah bangun mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan untuk bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai dirinya. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya tak ubah bagaikan bumi yang ketandusan, lantaran kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud r.a telah berkata:

Rasulullah pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah pun bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

 cac751956b59b3407ff6dedaa6a97572

PEMAGAR KE 5 : MEMBACA DOA PERLIDUNGAN KETIKA MASUK TANDAS

Tandas adalah tempat kotor dan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali dia masuk ke dalamnya. Salah seorang mangsa sihir telah memberitahu kepada saya bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Akan tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat menghalau dan menyuruh syaitan itu keluar dari jasad si mangsa.

Saya pernah diberitahu oleh seekor jin katanya:

Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada kamu satu senjata tajam yang mampu kamu pergunakannya untuk menentang kami tetapi aku harap kau jangan lah gunakannya untuk kami.

Saya kemudian bertanya apakah yang dimaksudkan dengan senjata tajam tersebut, lalu ia menjawab: zikir-zikir yang diajar oleh nabi.  

Rasulullah apabila mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata:

TS

Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Maksudnya berlindung dari gangguan syaitan-syaitan baik syaitan jantan atau betina.

96c63844177e226920086c6f580d6e89

PEMAGAR KE 6 : PERLINDUNGAN KETIKA HENDAK MENGERJAKAN SOLAT.

Jubair ibnu Mu’tim r.a pernah mendengar Rasulullah menyebut zikir berbunyi:

 

sebanyak tiga kali, kemudian menyebut:

 2704fa35c9372c0595efe4d36d2cce33

PEMAGAR KE 7 : MEMAGAR ISTERI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH.

Selepas majlis akad nikah, kemudian tibalah pula malam pengantin, sebelum memulan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang telah engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah engkau selubungi keatasnya.

Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dari perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dari perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya” Riwayat Abu Daud

Al Hambra in Granada - Spain (courtyard)

PEMAGAR KE 8 : MENDAHULUKAN KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA DENGAN BERSOLAT

Abdullah ibnu Mas’ud r.a telah berkata:

“Apabila seseorang kamu telah mendampingi isterinya (yakni pada malam pengantin) maka suruhlah dia ikut serta bersolat sunat dua rakaat di belakangmu. Selepas itu berdoalah dengan menyebut:

Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah Aku Dan Isteriku Serta Ahli Keluargaku. Ya Allah! Satukanlah Kami Suami Isteri Dengan Sebaik-Baiknya Sekiranya Catuan Yang Engkau Jadikan Ini Benar-Benar Memberi Kebaikan, Pisahkanlah Di Antara Kami Sekiranya Perpisahan Yang Engkau Jadikan Itu Benar-Benar Menuju Ke Jalan Kebahagiaan”. Riwayat At Tabraaniy

 10155375_10153168024083647_4273399159706956190_n

Pemagar Ke 9 : Memagar Diri Ketika Memulakan Aktiviti Persetubuhan.

Abdullah ibnu Abbas r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda:

Ertinya: “Sekiranya salah Seorang Di Antara Kamu Ingin Mendatangi (Menyetubuhi) Isterinya, Maka Hendaklah Dia Membaca Doa Ini:doa-untuk-memulakan-jimak

 318090_299531410149846_1267392478_n

PEMAGAR KE 10 :

“Hendaklah berwuduk sebelum tidur, kemudian bacalah ayat-ayat al kursi  kemudian berzikirlah kepada ALLAH sehingga terlelap”.

02-AyatulKursi

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursiy sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi. Rasulullah telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:

Ertinya: “ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu:. Riwayat al Bukhari.

 9510f445b7d845f08a841faa965d0696

PEMAGAR KE 11 :

Bacalah ayat-ayat di bawah pada tiap-tiap hari selepas solat maghrib:

  • Surah al Baqarah dari ayat 1 hingga ayat 5.
  • Selepas itu bacalah ayat-ayat al Kursiy dengan ditambah dua ayat lagi selepasnya (yakni ayat 256 dan 257 surah al Baqarah).
  • Selepas itu bacalah tiga ayat terakhir surah al Baqarah. Riwayat ad Daarimiy dari Ibnu Mas’uud.

insyaAllah akan terlepaslah dari sebarang gangguan jin dan sihir, dari malam itu ke subuh.

 

Pemagar Ke 12 : Bacalah Zikir Ini Sebanyak Seratus Kali Pada Selepas Subuh Pada Tiap-Tiap Hari Iaitu:

Dalam sebuah hadis sahih ada meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda:

 209

Ertinya: zikir ini menyamai sepuluh orang pengawal, sesiapa yang menyebut zikir ini akan dituliskan baginya seratus kebaikan kemudian dihapuskan seratus kejahatan dan ia berperanan sebagai perisai melawan syaitan sepanjang hari itu.

Tidak seorang pun yang mampu menandingi kelebihan orang yang menyebut zikir ini melainkan sekiranya orang itu benar-benar beramal dengan amalan-amalan yang banyak”. Riwayat al Bukhari.

 

PEMAGAR KE 13 :

hendaklah membaca doa ini sebelum masuk masjid:

 MS

Dalam satu riwayat sahih ada menyebut:

Ertinya: Barangsiapa Yang Menyebut Doa Tersebut, Maka Syaitan Akan Mengeluh: Terlepas Aku Untuk Menggodanya Sepanjang Hari Ini”. Riwayat Abu Daud

 

PEMAGAR KE 14:

Hendaklah menyebut doa ini baik waktu pagi dan waktu petang sebanyak tiga kali:

1743747_438911432910230_502711337_n

Hadis riwayat Tirmiziy dan katanya: Hadis hasan gharib sahih.

 

Pemagar Ke 15 :

Hendaklah selalu menyebut doa ini ketika keluar dari rumah:

doa keluar rumah

Sekiranya anda berkata demikian nescaya syaitan akan berkata kepada anda: engkau telah Berjaya menyelamatkan dirimu dari godaan syaitan.

 Selanjutnya ia akan berkata kepada syaitan lain: Bagaimana Dengan Hasil Kau? Adapun Awal-Awal Lagi Lelaki Itu Telah Menyelamatkan Diri Dengan Ilmu Pendindingnya. Riwayat Abu Daud dan Tarmiziy hadis hasan sahih.

 

  • Rujukan Kitab Kitab Sihir Dan Guna Guna Cara Mencegahnya Dan Merawat Cara Islam Dan Senjata Tajam Untuk Menangkis Sihir Dan Ilmu Hitam Karangan Syeikh Wahid Abdul Salam Bali

  

TANDA TANDA RUMAH, DIRI ADA GANGGUAN & CARA PENDINDING DALAM ISLAM | Nur-alhafiz.com.my

7 komen for TANDA TANDA RUMAH, DIRI ADA GANGGUAN & CARA PENDINDING DALAM ISLAM

  • Admin says:

    .
    *Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)*

    Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:

    1.orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

    2.Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

    3.Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.

    4.Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

    5.Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.

    6.Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.

    7.Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
    8._Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.

    9.Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,

    10.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

  • wana says:

    assalammualaikum. saya mengalami sedikit tanda-tanda seperti di atas seperti ada bau busuk bangkai, sangat mengantuk, tiba-tiba baran, nampak kelibat dalam rumah (adik saya yang nampak), kucing2 saya mati seekor demi seekor, pernah mimpi dan dengar dibaca mentera di telinga, barang mainan anak bergerak sendiri. tapi adakah ni salah satu tanda disihir?
    terima kasih.

    • nur-alhafiz says:

      Waalaikumusalam Puan
       Marilah kita berikhtiar dengan cara Mandian kaedah Nur Al Hafiz iaitu
       1 BALDI AIR , tuangkan DEPURUT / BEDARA Nur AlHafiz ( ikut sukatan masing2 tapi jangan terlalu cair dan + sedikit ais batu
       Niat dan doa sebelum mandi
       Mandi lepas asar atau sebelum mghrib
       7 hari berturut2 atau berterusan

      Oleh itu kami galakan belian sekotak ( dapat diskaun 20% lagi ) untuk kegunaan seisi keluarga
      ADMIN NUR ALHAFIZ

  • Mohd Zamri says:

    assamualaikum ustaz. Sy beberapa kali mencium bau bangkai di dlam rumah tetapi setelah diselidiki tiada pula bangkai yang dijumpai. perkara ini berlaku dalam tiga hari. bau bangkai ini akan hilang dalam beberpa minit. ianya terjadi dalam tiga hari berturut turut. adakah ini petanda rumah kita disihir ustaz? mohon penjelasan.

    • nur-alhafiz says:

      Waalaikumusalam Puan
       Marilah kita berikhtiar dengan cara Mandian kaedah Nur Al Hafiz iaitu
       1 BALDI AIR , tuangkan DEPURUT / BEDARA Nur AlHafiz ( ikut sukatan masing2 tapi jangan terlalu cair dan + sedikit ais batu
       Niat dan doa sebelum mandi
       Mandi lepas asar atau sebelum mghrib
       7 hari berturut2 atau berterusan

      Oleh itu kami galakan belian sekotak ( dapat diskaun 20% lagi ) untuk kegunaan seisi keluarga
      ADMIN NUR ALHAFIZ

  • nur-alhafiz says:

    sebarkan amalan ini

Postkan komen anda disini

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PEMBORONG , STOKIS DAN PENGEDAR DIPERLUKAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM DAN TRADISIONAL JUGA DIPERLUKAN

Recommended Products

RM 1.700
Stock: Available
SKU:
RM 60
Stock: Available
SKU:
RM 60
Stock: Pre-Order
SKU: