AIR RUQYAH BOLEH GUNA UNTUK MANDI? SPRAY KEPADA PESAKIT, RUMAH DAN SEBAGAINYA?

Q&A- PANEL SYARIAH KAMI MENJAWAB

  1. APAKAH DALIL KEHARUSAN RUQYAH KPD AIR LALU DIMANDIKAN, DIRENJISKAN, DISAPU KEPADA PESAKIT, KEDIAMAN DAN SEBAGAINYA?

1)       Dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan menerusi hadis Aisyah bahawa ia mengkhabarkan ,”Pesakit ain pada masa Nabi SAW di suruh berwudhuk, kemudian mandi.”  Ini menunjukkkan bahawa kaedah perawatan ini menggunakan wudhuk dan mandian. Sedangkan dalam berwudhuk, sunat hukumnya membaca taa’wwuz dan basmalah. Taa’wwuz dan basmalah termasuk dalam rangkaian ar-ruqyah.

2)       Kisah sahabat yang bernama Abu Said Al-Khudri RA dengan seorang ketua kabilah yang disengat binatang berbisa. Abu Said Al-Khudri RA datang dan membacakan al-Fatihah dan menyapu pada anggota yang terkena sengatan binatang berbisa itu dan dikurniakan kesembuhan oleh Allah Taala. Al-Fatihah tadi berfungsi sebagai penawar dengan cara dibacakan dan disapukan kepada tubuh pesakit.

3)       Kisah cucu Rasullullah ﷺ bernama Saidina Hussain bin Ali RA yang demam panas. Apabila semakin panas badan cucunya, lalu baginda susah hati lalu diilhamkan oleh Allah SWT untuk membaca Al-Fatihah di dalam air lalu Baginda SAW membacanya dan ditiupkan ke dalam air. Diberi minum kepada cucu baginda. Izin Allah SWT, tiba-tiba demam panas tadi hilang dengan serta merta. Al-Fatihah tadi berfungsi sebagai penawar kepada demam panas dengan cara dibacakan dan diminum.  

4)                 Rasululah SAW bersabda: Sesungguhnya penyakit demam (panas) adalah berasal dari neraka jahanam. Kerana itu dinginkanlah dengan air.” (HR Imam al-Bukhari RHM) . Hadis ini sebagai dalil menunjukkan kaedah rawatan menggunakan air sebagai penyejuk sama ada untuk dijelum, disapu, direnjis, diminum dan dimandikan terhadap pesakit.

Maka hukumnya harus untuk meruqyah pada air dan dibuat mandi, sapuan dan renjis sama ada kepada pesakit, kediaman, pejabat, kenderaan dan selainnya. Selagi mana niatnya semata-mata kerana Allah SWT dan bebas daripada unsur-unsur syirik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *