BOLEH KE GARAM, LIMAU DALAM PERUBATAN ISLAM?

 

Q&A – PANEL SYARIAH KAMI MENJAWAB

  1. APAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BAHAN ALAM SEPERTI GARAM, LIMAU, DAN SEBAGAINYA DALAM PERUBATAN ISLAM?

Jawapan :

1) LIMAU PURUT atau LIMAU NIPIS

          Ianya adalah bahan-bahan yang mengandungi asid-asid tertentu yang diakui memberi bekas dan kesan yang memudaratkan terhadap fizikal jin dalam tubuh pesakit. Walaupun tiada nas qat’ie daripada Al-Quran dan hadis akan tetapi ianya boleh diqiaskan dengan sebuah hadis yang mana baginda Rasulullah ﷺ melarang kita menjirus air panas dan kencing dalam lubang kerana kemungkinan ada jin yang mendiami lubang tersebut.

          Kita bukan melihat daripada sudut larangan menjirus air panas atau kencing, tetapi kita melihat sifat kepada kencing tersebut adalah panas dan tajam. Maka diqiaskan dengan limau tersebut dengan air panas. Sifat limau adalah tajam dan mengandungi asid yang tertentu dan bau limau tersebut yang mengharumkan, kerana jin jahat amat benci kepada wangi-wangian. Apatah lagi jika limau tersebut telah diruqyah dengan ayat-ayat Al-Quran yang doa. Maka ianya sangat-sangat memberi  bekas dan kesan yang memudaratkan jin dalam tubuh pesakit atau persekitaran.

          Limau purut dikatakan mempunyai anti oksidan yang tinggi, kaya dengan flavonoid dan polifenol yang dikatakan sangat berkesan untuk membantu penyakit jantung dan kanser. Ianya juga mengandungi pelbagai vitamin dan bahan mineral termasuk vitamin C, B1, B2, Sodium, Kalium dan zat besi. Limau juga mengandungi Tannin, Triterpenouid dan Saponin.

Khasiat limau purut juga berfungsi untuk merawat masalah kulit seperti Ekzema dan Proriosis. Kulit limau purut tersebut sangat baik untuk darah dan merawat masalah sistem pencernaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *