PENGENALAN SYARIKAT

assa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Selawat Dan Salam Keatas Junjungan Rasulullah SAW Dan Para Sahabat Baginda

download

Sekapur Pinang Seberkas Sireh, Rapat Jemari Mengucapkan Terima Kasih.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang sudi bertandang ke laman web rasmi kami yang merupakan sebuah laman yang dibina di bawah syarikat persendirian MHI GROUP ENTERPRISE ( 001858322-D) dan telah bermula beroperasi pada tahun 2009

Latar Belakang Syarikat

MHI-GROUP-Enterprise-Logo-Final

SIJIL-368x500

MHI GROUP ENTERPRISE ( 001858322-D )

sebuah syarikat yang berdaftar dan di miliki oleh 100% Bumiputra Islam merupakan syarikat yang menjalankan pelbagai usaha perniagaan bersumberkan produk islam dan perkhidmatan islam .

Kami menyediakan Perkhidmatan Produk Kesihatan bersumberkan Perubatan Islam bagi memudahkan masyarakat untuk mendapatkan ikhtiar & penawar bagi segala penyakit zahir dan batin bersumberkan  AL QURAN , HADIS , dan kaedah Ulama’ silam yang merupakan pegangan

 AHLI SUNAH WAL JAMAAH.

Misi

Mengeluarkan pelbagai produk berkaitan perubatan islam dan produk halal untuk keperluan ummat islam di Malaysia dan Asia

Visi

Memperkenalkan, memperluaskan serta memasarkan produk keluaran kami berasaskan ikhtiar perubatan agar masyarakat dapat memahami keperluan perubatan islam .

Tujuan Penubuhan

Memperluaskan lagi konsep perubatan islam kepada masyarakat dan Kembalikan Aqidah ummat islam kepada tauhid yang benar dalam segala bentuk perubatan dan rawatan Ubat Ubatan Hanya Ikhtiar Kuasa Penyembuhan Hanya lah ALLAH

Jenama

 Sejarah Penubuhan

Sebelum ini kami telah berpengalaman luas dalam pembuatan produk kesihatan islam berunsurkan perubatan islam .

Kami juga telah mempelajari ilmu perubatan islam dengan bertalaqqi dengan beberapa ulama’ terkenal seperti Datuk Dr Harun Din di Darussyifa Bangi pada tahun 2008 dan Berjaya mendapat ijazah dalam Perubatan Islam Darusyiffa’ .

1a

PicMonkey Collage

Setelah itu , kami telah mengendalikan Kursus Perubatan Islam yang bertempat di NAQIA TRAINING CENTER TAMAN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR  dengan kerjasama beberapa Panel Persatuan Perubatan Islam anjuran NAQIA INTERNATIONAL EDUCATION SDN BHD  antaranya 2014 ( Darul Mualijj ) dan  2015 dengan  PTiaFM (Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia) TIAFYbhg Tuan Guru Ustaz Wan Asrul Affendi bin Wan Hussin Al Aydrus .

10345832_778640762168747_8421179273824959425_n

Alhamdulillah hasil daripada ilmu, tarbiah , ijazah amalan dan bertalaqqi dengan mereka semua , maka kami di didik keperluan membawa masyarkat kepada tauhid yang sebenar , melihat keperluan kebanyakan masyarakat memerlukan perawat islam yang benar benar mengikut cara perubatan islam kerana masyarakat di luar sana kurang terdedah dengan kaedah cara islam sehingga berubat dan pagar dengan cara syirik dalam membenteng diri , keluarga , rumah , pejabat dan sebagainya.

Maka , kami mengambil tanggungjawab ini bagi mengetengahkan kepada masyarakat bahawa islam ada caranya bukan hanya untuk semburan sahaja tetapi keperluan diri dan keluarga perlu mendekatkan diri kepada ALLAH dengan cara beramal membaca Al Quran , zikir dan selawat .

Kaedah penyembur ini hanya sebagai asbab sahaja yang penting

keyakinan aqidah kita yakin hanya ALLAH sebagai yang Maha Pelindung Dan Yang Maha Menyembuhkan.

BADAN SOKONGAN

Logo-PPIM-Final-Edition2

Kami juga merupakan Ahli Perniagaan berdaftar Di Bawah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

PERKHIDMATAN LAIN

KERJASAMA ANTARA MHI GROUP ENTERPRISE (001858322D)  

DENGAN 

USRATI BARAQAH TRAVEL & TOURS SDN BHD

Company Registration No. 1083351K

 Dalam Urusan BADAL/UPAH HAJI, UPAH UMRAH, AKIKAH & KORBAN.

LESEN BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PERLANCONGAN MALAYSIA, PERSATUAN AGENSI PELANCONGAN UMRAH & HAJI (PAPUH) , PERSATUAN BUMITRA, LESEN KENDALI UMRAH (LKU) 100 .

http://www.motac.gov.my/arkib/2018/umrah-lku-1439

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *