UPAH HAJI LENGKAP 2020

RM1,999.00

Category:

Description

MAK DAH TAK SEMPAT ..!

Anak anak mula mula menangis bagai nak gila apabila maknya meluahkan pesanan terakhirnya. Maknya sudah berusia lebih 50 tahun.

Aduihai, sebaknya buat sesiapa yang mendengarnya, sudahlah suara maknya mengerang kesakitan mampu juga untuk bercakap demi anak anaknya. Setiap kata kata nya diamati dengan jelas.

Mungkin ada diantara kita yang berikan alasan mata masuk habuk sedangkan air mata sudah bergenang.

Berbekalkan tenaga yang ada serba sikit lagi sebelum ajal menjemputnya, mak memandang ke semua wajah anak anaknya seramai 6 orang itu lalu menyapu tangannya ke setiap wajah mereka. Itulah sifat ibu yang penyayang.

Antara pesanan mak yang mereka masih ingati adalah jaga solat, jaga hubungan adik beradik selepas mak takde, dan mak dah tak sempat dah.. nak buat haji..buatkan badal haji untuk mak ya…

Sebak..selesai seminggu jenazah mak dikebumikan adik beradik mula berkumpul bincang tentang pesanan terakhir iaitu membuatkan upah haji untuknya. Sebagai anak yang soleh untuk membalas jasa mak selama ini berkorban siang malam dan penderitaan, Maka mereka setuju mengambil UPAH HAJI dengan kami yang berpengalaman, testimoni daripada waris yang lepas dan akan update perjalanan petugas haji di makkah kepada pihak waris.

Adakah anda ingin MERASA NIKMATNYA apabila dapat selesaikan urusan Upah Haji dengan kami kepada arwah ahli keluarga anda ?

Air mata anda pastinya tidak sabar sabar menyatakan kegembiraannya disisi pusara ibu bapa anda.

Inilah nilai masa kebahagian anda kepada mereka yang tersayang setelah ditunaikan hasrat mereka yang tertangguh.

 

 

Mungkin perkara ini nak dialami oleh anda, tapi dipendamkan begitu saja .

Siapa kat sini ada KENAL seseorang yang belum sempurnakan ibadah HAJI buat arwah ibubapanya?,
.

Adakah Anda Sudi Membantu Mereka?

Masih mencari tempat yang betul untuk buat UPAH HAJI ibubapa anda? Buntu nak mencari? banyak sangat tawaran di sana sini..Pening!

Sempena kedatangan Bulan Ramadhan tahun ini, kami akan mengadakan Majlis Tahlil Khas buat Arwah di Masjidil Haram, Makkah.

Bagi sesiapa yang berdaftar UPAH HAJI, SEBELUM Ramadhan 1440H ini.

Ya! Tiada langsung kos TAMBAHAN yang anda perlu bayar.


KELEBIHAN BADAL HAJI KAMI,

1 HARGA SEMUA DALAM 1 PAKEJ. JIMAT !

  • 1 KALI BADAL HAJI
  • 1 KALI UMRAH
  • TAHLIL DI MAKKAH
  • Sumbangan Wakaf buat Arwah kepada Sekolah Tahfiz Terpilih di Malaysia ( TERBARU )
  • Senaskah 1 kitab surah pilihan Al Quran
  • Nama arwah akan ditahlilkan di Masjidil Haram pada setiap kali RAMADHAN. InsyaAllah

Apa Yang Waris dapat ?

  • 1 KEPING SIJIL UPAH HAJI
  • 1 KEPING SIJIL TAHNIAH
  • 1 BOTOL AIR ZAM ZAM (250ml)
  • 1 SEJADAH, 1 TASBIH
  • 1 PRODUK KESIHATAN ISLAM

HARGA PADA 2020

  JIMAT, Harga MAMPU MILIK dengan tidak membebankan waris.

  Disempurnakan oleh bekas Pelajar Terpilih, Berpengalaman & Bermukim di Makkah. InsyaAllah

  SHAHIH

 TERBUKTI melalui UPDATE perjalanan petugas di Makkah.


KERJASAMA ANTARA

USRATI BARAQAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
Company Registration No. 1083351K 

DENGAN

MHI GROUP ENTERPRISE (001858322D)

  LESEN BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PERLANCONGAN MALAYSIA,

PERSATUAN AGENSI PELANCONGAN UMRAH & HAJI (PAPUH) ,

PERSATUAN BUMITRA, LESEN KENDALI UMRAH (LKU)  . 

http://www.motac.gov.my/arkib/2018/umrah-lku-1439

Kami AHLI kepada PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) & Dapat Khidmat Nasihat daripada LEMBAGA PENASIHAT SYARIAH NUR AL HAFIZ 


Siapa nak kami bantu buat UPAH HAJI untuk tahun ini?

Nak jimat dan mudah, Sila buat temujanji

Teruskan pautan ini

http://www.wasap.my/60162267020/fpupahaji2020

atau nak lihat laman web kami http://www.nur-alhafiz.com.my/

Atau nak cakap terus boleh

0162267020

0162267020

0162267020

Jangan lupa Seperti https://www.facebook.com/nurallhafiz/

Cepat2 ya share .. KUOTA TERHAD, JANGAN TERLEWAT


CARA ONLINE?

https://docs.google.com/forms/d/1CP6CCyD7ubFrvQyM3ZR2Ms3ystQBQstwEVKFsSJlDZM/viewform?edit_requested=true


 

APA HUKUM UPAH HAJI?

Apakah dalil-dalil keharusan mengerjakan haji untuk orang lain?

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keharusan mengerjakan haji untuk orang lain. Di antaranya:

1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang berjumpa dengan Nabi saw dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang dipersoalkan oleh Allah kepada hamba-Nya adalah haji yang dikenakan kepada saya yang sudah tua dan tua tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya? “Jawab Rasulullah saw: ” Ya! ” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang berjumpa dengan Rasulullah saw lalu berkata: “Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga mati, bolehkah saya berjaji untuknya?” Jawab Baginda: ” Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu karena hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan. ” (Riwayat Bukhari).

Ibnu Abbas juga menceritakan dalam hadis bahawa saudara atau kerabat yang bernama Syubrumah bertanya kepada Rasulullah saw untuk menunaikan haji untuknya, maka Rasulullah saw bersabda: “Apakah kamu telah menyempurnakan haji untuk dirimu sendiri?” Jawabnya: ” Tidak! ‘ ‘Sabda Baginda:’ ‘Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah. ” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

4. Imam Ahmad dan Nasai telah menceritakan dari Abdullah bin Zubair dia berkata: “Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi saw dan berkata:” Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan dia sudah lanjut dan tidak mampu naik kendaraan sedangkan haji wajib di atasnya Rasulullah saw bersabda: ” Tunaikanlah haji untuknya. ” (Riwayat Ahmad dan Nasai) ” Ya Rasulullah saw bersabda: ” Tunaikanlah haji untuknya. ” ).

5. Hadis-hadis ini jelas menunjukkan keharusannya, bahkan wajib ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tidak harapan sembuh atau sangat lemah atau seumpamanya, jika ia memenuhi syarat wajib haji yang telah disebutkan. Andainya ia tidak memiliki keupayaan kewangan, maka tidak wajib ia mewakilkan kepada orang lain. Namun begitu, jika ada pihak lain yang ingin mengerjakan haji untuk pihaknya walaupun dia tidak berkemampuan, hukumnya juga harus.

Seperti seorang anak yang ingin membiayai ibadah haji untuk ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka. Seseorang yang ingin melakukan ibadah haji untuk orang lain hendaklah menunaikan haji untuk dirinya terlebih dahulu, seperti yang dinyatakan dalam hadis Syubrumah. Tidak diperuntukkan bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah haji bagi pihak orang lain itu dari kalangan kaum kerabatnya atau berasal dari tempat kelahirannya.

Malah ia boleh dilakukan oleh siapa saja yang boleh mengerjakannya, walaupun dinyatakan dalam hadis Khas`am di atas daripada yang paling tua anaknya. Faktor jantina juga tidak diberi perhitungan. Malah jelas daripada hadis wanita Khas`am, wanita telah dibenarkan menunaikan haji menggantikan lelaki.

 

Soal Jawab Badal Haji

  1. Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
    Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik.
     
  2. Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?
    Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya. 

     
  3. Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak meninggalkan sebarang harta pusaka?
    Tidak wajib. 
     
  4. Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
    Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan. 
     
  5. Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?
    Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata “makdhub”.
     
  6. Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?
    Boleh. 
     
  7. Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang? 
    Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu. 
     
  8. Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?
    Ya. Boleh. 
     
  9. Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat haji?
    Kemampuan ialah:
    a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
    b. Sihat badan
    c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
    d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu. 
     
  10. Sahkan haji seseorang yang menggunakan wang si mati di mana dia adalah penerima yang pertama?
    Sah hajinya 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “UPAH HAJI LENGKAP 2020”

Your email address will not be published. Required fields are marked *